Assalamualaikum, salam kasih sayang, salam perpaduan dan salam 1 malaysia kepada semua pembaca oh-bulan.. Today, DS nak share satu cerita tentang seorang anak yang ‘berkira’ kepada ibunya.. ‘Berkira’ dengan apa yang dilakukan untuk ibunya…
Kepada yang sudah tahu or baca cerita ni, baca lagi sekali untuk memberi peringatan kepada diri-sendiri. Kepada yang tak pernah baca lagi cerita ni, baca dan sampaikan kepada orang lain terutama kepada yang bergelar ANAK..
Seorang anak lelaki yang bernama Farid pergi mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Ibunya segera membersihkan tangan dan menerima kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya. Di dalam kertas itu, Farid menyediakan upah yang patut dibayar oleh ibunya setiap kali dia disuruh melakukan sesuatu….
Senarai upah membantu ibu:
1) Membantu pergi ke ke kedai : RM 2.00
2) Menjaga adik : RM 2.00
3) Membuang sampah : RM 0.50
4) Mengemaskan tempat tidur : RM 2.00
5) Menyiram bunga : RM 2.00
6) Menyapu halaman : RM 2.50
Jumlah Keseluruhan : RM 11.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang Farid. Lalu Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1) Upah mengandungkanmu selama 9bulan – tiada harga
2) Upah berjaga malam kerana menjagamu -tiada harga
3) Upah air mata yang menitis keranamu – tiada harga
4) Upah risau kerana selalu memikirkan keadaanmu- tiada harga
5) Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – tiada harga
6) Upah mencuci pakaian, gelas, piring dan keperluanmu – tiada harga
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – tiada tanda harga yang boleh menilai kasih sayangku kepada mu wahai anak ku. Syukurlah kau selamat membesar atas keringat dan perih aku. Bagi ku kau adalah harta yang bernilai yang tiada tanda harganya…
Kemudian, apabila Farid membaca apa yang ditulis ibunya, air matanya berlinang. Farid menyesal akan kebodohannya menilai sesuatu pengorbanan itu melalui wang ringgit. Baru kini dia tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu kepada seorang anak. Kasih yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit……
No comments:
Post a Comment