Friday, 28 October 2011

Dunia..manusia...hati kita...


Bismillah.....



Dunia tak mengenal manusia..
Tapi...
Manusia kenal akan tipu daya dunia ini...
Dalam dunia ni kita lihat semua benda sama.....
Hakikat-nya.....
Manusia lihat dunia dari pelbagai segi yang berbeza...
Macam tu jugak la hati manusia...
Bentuknya...warnanya...mungkin sama....
Kenyataannya...apakan daya...hati semua berbeza.....
Apa yang terungkap kadang-kala bukan yang ingin diungkap.....

Ya ALLAH......
Kuatkan aku dengan segala sesuatu yang berlaku...
Aku redha kepada-Mu...
Aku pohon pertolongan-Mu..
Cekalkan hati dan nurani ku Ya Allah....
Tuturkan kata-2 yang terbaik dari mulutku....
Tetapkan hati ku kepada-Mu untuk ku berserah...
Jadikan aku insan Mu yang selalu terpelihara dari segala noda dunia...





aminnn......
peace no war !!!
Assalamualaikum..... :)

Thursday, 27 October 2011

How worth your mother for you all dear....

Assalamualaikum, salam kasih sayang, salam perpaduan dan salam 1 malaysia kepada semua pembaca oh-bulan.. Today, DS nak share satu cerita tentang seorang anak yang ‘berkira’ kepada ibunya.. ‘Berkira’ dengan apa yang dilakukan untuk ibunya…
Kepada yang sudah tahu or baca cerita ni, baca lagi sekali untuk memberi peringatan kepada diri-sendiri. Kepada yang tak pernah baca lagi cerita ni, baca dan sampaikan kepada orang lain terutama kepada yang bergelar ANAK..
Seorang anak lelaki yang bernama Farid pergi mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur. Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.  Ibunya segera membersihkan tangan dan menerima kertas yang dihulurkan oleh si anak dan membacanya. Di dalam kertas itu, Farid menyediakan upah yang patut dibayar oleh ibunya setiap kali dia disuruh melakukan sesuatu….
Senarai upah membantu ibu:
1) Membantu pergi ke ke kedai : RM 2.00
2) Menjaga adik : RM 2.00
3) Membuang sampah : RM 0.50
4) Mengemaskan tempat tidur : RM 2.00
5) Menyiram bunga : RM 2.00
6) Menyapu halaman : RM 2.50
 Jumlah Keseluruhan : RM 11.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang Farid. Lalu Si ibu mengambil pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1)  Upah mengandungkanmu selama 9bulan – tiada harga
2) Upah berjaga malam kerana menjagamu -tiada harga
3) Upah air mata yang menitis keranamu – tiada harga
4) Upah risau kerana selalu memikirkan keadaanmu- tiada harga
5) Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – tiada harga
6) Upah mencuci pakaian, gelas, piring dan keperluanmu – tiada harga
 Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku –  tiada tanda harga yang boleh menilai kasih sayangku kepada mu wahai anak ku. Syukurlah kau selamat membesar atas keringat dan perih aku. Bagi ku kau adalah harta yang bernilai yang tiada tanda harganya…
Kemudian, apabila Farid membaca apa yang ditulis ibunya, air matanya  berlinang. Farid menyesal akan kebodohannya menilai sesuatu pengorbanan itu melalui wang ringgit. Baru kini dia tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu kepada seorang anak. Kasih yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit……

Tuesday, 25 October 2011

Alhamdulilah...



Ya Allah..aku bersyukur dgn segala apa yg kau beri pada aku...*demam+selsema...sakit tak pernah menyuruh kita berputus asa malah sakit sering mengajar kita bersabar..
Aku juga mohon pada-Nya agar diberi kesembuhan sesudahnya...sakit selalu mengingatkan kita kepada Allah S.W.T apatah lagi mendekatkan diri kita pada-Nya..*berdoa n memohon kesembuhan dari-Nya..
Tapi..ia tak bermaksud bahawa kita tidak boleh bergantung pada ubat kn? kn? kn?...ubat merupakan satu ikhtiar dlm khidupan manusia...lagi pon ia adalah usaha...
Hehe...cerita pasal usaha an..teringat pula nasihat guru masa nk menghadapi SPM setahun yg lalu...
Cerita bermula semasa 'typing' sms...
"Cikgu,sya risau sgt nk hadapi SPM nti...sya ckup tkut sya xdpt menjwb dgn betul....sbb sya terlalu lemah dlm subjek sn tulen..."
Nie jew yg dia ucapkan untuk saya..
"Safwah,awk ingt la 3 perkara nie...bila da berusaha..berdoalah kpd Allah...kemudian bertawakal la...:)"
Yew...memg smpai skrng mseh segar sume tuu...nsihat cikgu la sya smpai ke tahap skrng...sentiasa berusaha,berdoa dan tawakal lah kepada-Nya....
Insya-Allah....

Ingatlah segala apa yang kita lakukan haruslah dimulakan dgn "Bismillah" dan disudahi "Alhamdulilah"...

Monday, 24 October 2011

Bila rasa lemah menjelma...


Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni, nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni!

Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku. Aku tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.

Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah belajar macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.

Sememangnya rasa lemah atau rasa 'down' atau rasa 'futur' itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :

Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa

Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.

Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.

Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?

Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:

Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau 'orang lama' atau tokoh yang kita kenali.

Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau 'murabbi' kita. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

Masih bersedih ?

Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhuk. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.

Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?

Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah s.w.t? Ada kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.

Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat....!

Sunday, 23 October 2011

...Sedih Bukan Penyelesaian...

Dunia ini penuh dengan cabaran dan pancaroba. Walau sepahit mana sekalipun, hidup perlu di teruskan selagi hayat di kandung badan.

Jika hari ini kita susah, usah merungut kerana ada yang kehidupannya kurang bernasib baik dari kita. Jangan kita memandang orang yang berada di atas, kelak kita sendiri yang akan binasa kerana terlalu menginginkan hidup yang mewah.

Tetapi pandang orang yang berada di bawah kita dengan penuh hikmah kerana ia akan menjadikan kita lebih bersyukur kerana kehidupan kita lebih baik dari orang lain.

Allah S.W.T berkuasa ke atas hamba-hambanya. Allah S.W.T maha bijaksana dalam mengatur yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita sebagai manusia jangan mudah berputus asa dalam memohon keampunan dan pertolongan dari-Nya.

Anggap musibah yang melanda sebagai ujian kerana Allah sedang menguji keimanan dan ketaqwaan hamba-hambanya.

Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Hadapi musibah itu dengan hati yang tenang dan redha. Jangan kita mudah berputus asa dan bersedih setiap hari mengenangkan nasib. Musibah yang menimpa kita itu akan menjadikan kita kuat dan matang. Ujian yang Allah berikan juga akan mendidik kita untuk mendekatkan Diri kepada yang maha esa.

Mungkin salami ini kita lalai dalam mengingatinya. Dengan ujian yang melanda, akan membuatkan kita dekat kepada-Nya dengan berdoa dan kembali kepada jalan yang diredhai.
Berdoalah kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya doa itu adalah senjata bagi orang mukmin.

Firman Allah S.W.T :
"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya aku perkenankan doa kamu". (Al- Mukmin : 60)

Jangan terlalu bersedih atas musibah yang melanda kerana apabila Allah menguji hambanya, itu bermakna Allah sayang kepada hambanya. Kuatkan hati dan bangkit bangun dari kesedihan kerana dengan bersedih tidak dapat menyelasaikan masalah. Katakan lah pada diri "masih ada hari esok untuk aku".

Jadi, bangkit lah untuk menjadi lebih kuat dan terus kan hidup ini dengan membuat sesuatu yang terbaik.

Walau apa pun ujian yang melanda, ingatlah bahawa Allah S.W.T sentiasa bersama kita selagi kita ingat kepada-Nya. Kita tidak pernah keseorangan dalam kehidupan ini kerana Allah itu dekat dengan kita. Dekatkan lah diri kita kepada Allah dengan mendirikian solat dan berzikir. Cari teman untuk berkongsi masalah.

Ikhlaskan hati dan redha dalam menghadapi musibah itu akan menjadikan kita tenang. Renungkan kembali, mungkin musibah yang melanda adalah kifarah dosa kita yang lalu. TEKAD UNTUK TIDAK MENGULANGINYA.

Bersabar dalam menghadapi musibah, itu adalah yang terbaik. Jangan terburu-buru membuat sesuatu yang boleh memudaratkan diri sendiri. Isi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan, membaca buku-buku motivasi, solat sunat dan bertadarus. Semua ini akan membuatkan kita lupa pada masalah yang sedang kita hadapi.

Jangan berputus asa dalam memohon rahmat dan keampunan Allah S.W.T. Jangan biarkan hidup hancur akibat tidak sabar, Keluarga akan hancur akibat emosi yang berpanjangan dan pekerjaan menjadi kacau akibat tidak pandai mengatur.

..PERHIASAN ITU KIAN TERHIAS...

Malu-malu anak Nabi Syuaib a.s ketika berjalan kembali menemui Nabi Musa a.s. bukan untuk lebih lanjut berkenalan, tetapi kerana menyampaikan jemputan dari ayahnya kepada pemuda gagah lagi beriman tersebut.

Telah terakam kisah tersebut di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata: Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan atas (kebaikanmu) memberi minum (ternak) kami". Ketika Musa mendatangi ayahnya (Syuaib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim".(Surah al-Qasas: ayat 25)

Teruja dengan sifat malu-malu anak perempuan nabi Syuaib a.s. Yang malu-malu inilah mahal, tetapi yang mahal inilah semakin kurang benihnya dalam diri wanita muslimah.

Malu itu memang perlu bertempat kerana itu letaknya maksud adil, Allah S.W.T meletakkan sifat malu wanita itu sebenarnya untuk menjaga dirinya, maruahnya dan jasadnya dari direnggut mata dan nafsu liar manusia.

Daripada ayat di atas ada pengajaran yang kita boleh pelajari untuk bekal perhubungan wanita semasa bekerja dengan yang berlainan jantina iaitu kata-kata yang ringkas dan jelas.

Lihatlah anak perempuan Nabi Syuaib apabila menjemput Nabi Musa a.s, dia datang dengan perhiasan sifat malu sambil menyampaikan jemputan ayahnya dengan ucapan yang ringkas, jelas dan mudah difahami.

Dia berkata:

"Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami". (Surah al-Qasas: ayat 25)

Tidak pula dia meleret-leret sambil berkata: "Terima kasih ye tolong kami tadi. Awak ni memang baik hati dan gagah. Awak tinggal kat mana ye. Emm, sebenarnya ayah saya jemput awak datang ke rumah, entahlah kenapa..bla bla bla.."

Dan melihat pula peribadi Nabi Musa a.s pula, dia tidaklah mengambil kesempatan tersebut untuk berdua-duaan serta berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Terus berjalan menuju ke rumah nabi Syuaib a.s untuk memenuhi jemputan.

Itulah adab muslimin dan muslimah yang sepatutnya apabila perlu bermuamalat. Mungkin perbuatan di atas tanpa disedari pernah dilakukan oleh kita.

Meleret-leret bermula dari pertolongan kepada tujuan untuk berkenal-kenalan, bergurau- senda, lalu terbuka jalan untuk bertemu sambil bertukar-tukar cerita.

Wanita Muslimah apabila berjalan..

Dari sudut lain, ayat di atas juga terkandung gambaran sifat malu wanita yang perlu diikuti oleh wanita muslimah bagi menjaga akhlaknya, memelihara dirinya dan melindungi maruahnya iaitu 'malu ketika berjalan'.

Ahli tafsir menjelaskan tentang keadaan anak perempuan nabi Syuaib a.s berjalan dengan malu-malu adalah ketika menjemput nabi Musa a.s dan ketika pulang bersama menuju ke rumah Nabi Syuaib a.s.

Imam Alusi ketika menafsirkan ayat (عَÙ„َÙ‰ اسْتِØ­ْÙŠَاء) berkata:

"Anak perempuan Nabi Syuaib a.s berjalan sambil malu-malu ketika berjalan menemui (Nabi Musa a.s) dan ketika pulang.."(Ruhul ma'ani, 10/273)

Sayyid Qutb pula menambah:

"Wanita yang suci, baik, mempunyai maruah apabila dia berjalan dan bertemu dengan golongan lelaki, dia berjalan (dengan malu-malu)) tanpa dibuat-buat, tanpa berhias berlebih-lebihan dan tidak menggoda."(Fi zilal al-Quran, 5/2686).

Ringkasnya wanita mukminah apabila berjalan merentasi kaum lelaki:

Hiasi dengan sifat malu.
Tidak bertabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan.
Menutup aurat.
Tidak dibuat-buat.
Cara jalan yang tidak menggoda.
Malu dan Wanita kini..

Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan sekarang, amat menyedihkan sekali apabila kaum wanita secara tidak sedar telah dipergunakan sebagai sumber keuntungan melariskan barangan dan produk kecantikan. Sabun, syampu, model kosmetik malah model untuk kereta pun wanita yang menjadi pelarisnya.

Ya Allah.. Bagaimanakah lagi sifat malu yang menjadi fitrah wanita itu boleh menutup dan menjaga diri serta maruah wanita dari direnggut manusia yang berkepentingan dunia.

Kecantikan itu anugerah, dan Allah S.W.T menciptakannya dengan sifatnya yang Maha Adil. Dia meletakkan kecantikan dan perhiasan wanita itu pada permulaannya hanya untuk ditatap oleh yang hak sahaja.

Tetapi apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri.

Apabila berjalan di pinggiran jalan, memerah muka menahan malu melihat ada gadis-gadis malah yang sudah menjadi ibu berpakaian dengan pakaian yang 'tidak cukup meter.'

Teringat Prof Dr Muhaya berkata, kita melihat kesalahan orang supaya kita tidak jadi seperti mereka. Jangan pula sibuk mencari kesilapan orang dan dipanjang-panjangkan cerita itu sehingga lupa hendak mencari silap sendiri.

Justeru bukanlah tujuan menceritakan 'sakit-sakit mata' dan 'merah-merah muka menahan malu' ketika berjalan dipinggir jalan dan di dalam LRT melihatkan wanita yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dengan megah.

Namun sebenarnya di sebalik tulisan ini mengharap dan mengingatkan kembali diri kita yang terlupa akibat keindahan dunia dan pujian manusia ini agar sentiasa ingat bahawa diri kita secara fitrahnya dikurniakan sifat malu oleh Allah S.W.T.

Tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.

Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga, tidak senang ditatap mesra.

Wanita, perhiasannya malu. Andai hilang malu takutlah wahai muslimah. Petanda awal bahawa akhlakmu akan diganggu gugat syaitan dan nafsu.

Mudah-mudah dipelihara Allah S.W.T selalu.

Ingatan buat diri sendiri sebenanrnya dan sekembalinya...



Mari berkongsi...'sharing is caring'

Thursday, 20 October 2011

..bukan aku tak sayang..

Kadang-2 kat dunia nie kte tak menyangkakan sesuatu yg akan terjadi tapi..yg lagi pnting kte xsangka apa khidupan yg kte lalui...kdg-2 kte terima ngn redha kdg-kala pula kte xsnggup melalui ny kn?? kn?? kn??

Itu yg aku sedar bila aku da smpy thap begini dimana aku bukan anak yg berada dbwah ketiak mak lagii..*jgn gelak..ini tak lucu kwn2..aku belajar b'dikari..belajar erti hidup sendiri..maybe dua-2 tu serupa la kn..abaikan yew..

Then,mcm-2 la aku tekad...aku azam bila da melangkah ke UiTM KAMPUS SEGAMAT uh..aku kena la gapai kejayan..takkan la nk wt taik.!! cukup tak mungkin..INSYA-ALLAH..doakn aku la yew kwn2..dgn itu,makany aku sendri kne la pndy jge dri bub bkn kt bwh ketiak mak lagi nie...tak mungkin la aku nk mtk tlg mak..yew tak ny??

So,alkisah aku skunk nie aku cukup rsau ngn dri aku...YA ALLAH..TUHAN jela yg twu...aku tak nak kecewakn mak ayh da...ckup la stakat ni...aku kena berjuang..mak ayah cukup la mengharapkan aku...aku xley membelakangkan dorng...sush sgt..dorang la yg terutama dlm hidup aku skunk..

Sebaliknya,bukan aku tak sayang sorg tuu..tapi aku terlalu sayangkn dy tu yg aku wt apa yg aku wt skunk nie...aku nk kte gapai kejayaan bersama...bukan meremahkan hubungan kita tapi menghiasi ny pada tmpt yg sepatutnya...

...SALAH SIAPA?? DIMANA SALAHNYA?? APA KESALAHAN-NYA??...




...SUBHANALLAH...aku dicipta-Nya...

Tuesday, 18 October 2011

...11 October 2011...

Tarikh nie tak la penting bg korng...tarikh nie gak tak lah sehebat tarikh2 yg korng ad..malah tarikh ni tak membanggakan korng pon....TAPI....ni tarikh penting...*hampir penting la jugakk !!..nie tarikh my sweetheart's birthday...nie jugak tarikh 1st tyme aku sambut bday pkwe aku selama mane even aku pnah couple da hmpir 6 kali kot...aku xigt la sume tuu...bub tu sume tak penting mcm tarikh nie...ni boy yg PERTAMA...i said it again...the FIRST ONE babeh!!...pengalaman ny agak mem-bengongkan aku...mak aih!!..ape tak ny...aku rase keanehan ade jugak mengundang dlm diri aku mse tuu...kepelikan n kehairanan yg muncul kat kple otak aku nie..aku tak nak la cte lbih2...tu jew aku mampu ucapkan...yg penting aku celebrate bday dy...aku ngaku memang sush tok aku celebrate bday pkwe aku sbb aku kdg2 merasakan yg ia-nya membuatkn aku WEIRD sbb aku xpnah celebrate bday owg len slain fmily aku...dy owg pertama n insya-Allah yg terakhir bg aku...aminnnnn....


kte tgk face boy tyme bday dy ea...



itu jew aku bg tgk ea....i mish him so much but aku tak tahu la npe ngn aku skunk nie...never mind...selagi hati aku tok dy aku tetap tak kan lupa dy...even aku tak contact dy TAPI hakikat-nya kau tak kan pernah duga...143 untuk kau selamany SWEETHEART !!!!




peace no war !! wazzup !! Assalamualaikum !!

Sunday, 16 October 2011

..syurga dimana....

aku takkan pernah salahkan kau...
aku tak pernah katakan kau salah...
aku cukup tak pasti...
aku masih mencari salah siapa...
aku tak pernah berhenti menanti...
menanti apa yang belum pasti...
aku akan tetap mencari....
mencari mengapa ini yang terjadi...

aku mengharapkan ini




I WANT TO BE FREE......

salah siapa bila aku menangis...
salahkah apa yang aku cuba tangisi...

sepertiku katakan.....

aku takkan salahkan kau...
aku tak pernah menyalahkan kau...
aku mengharap 1 dari 1000....
dimana....
aku bebas dengan izin kau...
hidup aku....hidup kau.....





...syurga dibawah telapak kaki ibu......

Friday, 7 October 2011

...excited.....


..nampk x member2...gua pny muka excited nk balik uma...agaga~~~ gila punya 'EXCITED' nie LOL....hihihi... 'HOME' wait 4 me yeah!! I LOVE TO COME HOME....my 'KATIL'...my 'BANTAL'...my "SWEETHEART'...my 'BUAH HATI YG KCIK N COMEI UH'....


...............AND..............................





...hehe..they are coming along to fetch me at IUTM SEGAMAT,JOHOR tomorrow...mishthemalot...

Monday, 3 October 2011

.....Si Burung Hantu....

1st of all...gua ase kowg msti sigh lebar lebar...
2nd....gua tak amik kesah...

...entri mlm nie tok gua pny suka suki punya hati...
...tara suka gua tara kesah...
....tara tgk gua tara rugi maa...


ha....mai cek cite ap tuu 'Si Burung Hantu'
cer tgk nie......





bwh nie laa....--->

...GEBU + CUTE....#LOL



pe cer??? xphm??? not understand??? ne comprennent pas??? lalalalalaaa~~~
tuu la mksud entri gua...ap xphm??? gua pon nek xphm suda..
hahahahahaa....mai gua continue...comel x burung tuu?? ngaku jew ler....comel gler dowh
haa...haa...cm gua tak?? =_______________=' ...kowg xngaku gua twu...
bila igtkn burung nie jew gua igt pasl gua la der...
asal gua igt gua ini burung juga gua manyak igt la der....*sigh lagii...
alorh,sedyh ar ceng-gini...gua byk tension laa smpy gua xley tdo la mbe......
gua bikin apa pon gua xley tido la mbe..tu yg gua igt ini burung la der...
andai gua dy ase ny gua twu ape nk buat...
*psst:bukan ke keje burung ni tak tido mlm jew.... O________o'


oke?? baiklah?? cer tgk ni lak... :)


...feather dia lovely LOL...:)


...tyme feather dy kuncup...still lovely..:)

....klu gua burung tuu gua ase 'THIS IS MY WORLD' hahahha....
...pape po gua stil thnx to Allah bcoz gua diberi cukup sifat n sempurna...
...Alhamdulillah...


...??? TAPI....an kengkawan...

...ape kaitan....


...Si Gagak nie ngn Si Merak ea??...
..agaga~~ cm xley pk lak an...kowg tntu da twu xyah la wt2 xtwu...
...ha...tol kn?? kn?? kn?? ...




...k THE END laa....eyh..eyh....wait2!!...

......see this LOL...



...such a pretty one i found...a 'FAIRYTALE'....

Saturday, 1 October 2011

...berLEMAK???.....

...........lemak???? grr~~~ seram babeh...haha..ni nk cte ni..ap itu 'LEMAK'??? gua twu...gua twu...'LEMAk' is 'FAT'....'FAT' is 'LEMAK'....hahahaha....basic der....mse skola2 dlu subjek 'BIOLOGI'...ak igt lg ak ade la blaja sal lemak nie....hehehe...*tapi gua da xigt pape la mbe...gua byk lupa....eyh..eyh...balik pada entri gua la babeh!... ha.... Alkisah la bermula...start exam week jew mle la mood melahap aku tahap 'GAJAH'...gua repeat yew mbe....tahap 'GAJAH'....ap tu?? what is that?? ha ni la nk cte...ble kpale otak...=____________=' ha....yg da sigh lebar lebar ceng-gitu ni la mood gua tok crik mkanan ble seharian gua da ngadap itu buku sampai bg lobang n ngn gua2 naik 'LEBAM' @_______________________@ nie........gua bikin gua pny muka bg comei cm ini panda...



..........gua pon bikin lemak mcm itu panda juga laa...gua mkan..mkan..n asik la ngn makanan tuu...hahaha...asal gua tdo msti gua bwu lpas mkan...asal gua bgon tdo pasti gua crik makanan....O___________________________o'...*lebar la lagii...gua rse gua suda sebati sama itu panda laa....cer tgk dy lentok...ngee~~~ supe cm gua tdo la mbe....byk lena woo....zZzZzZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz in a mood....so,gua pon chaw lu!!!!!



...TAPI YANG PASTI GUA MAU BIKIN GUA BANYAK COMEI MACAM ITU PANDA LAA...

Follow us. . .

Followers